Kreativiti

Ciri-ciri Kreativiti

Ciri-ciri kreativiti mempunyai beberapa bahagian iaitu bersifat fleksibel yang mana pengkarya mampu mengubah serta mensesuaikan dirinya dalam pelbagai situasi dengan sikap yang optimis. Ini bermakna seseorang pengkarya tidak perlu menghadkan idea serta menyempitkan pemikiran. Mereka akan berfikir dengan gaya yang mencambah iaitu tidak hanya mengikut urutan linear sahaja. Jadi, sebab itu kita diajar sejak dari sekolah untuk membuat peta minda serta carta alir yang mana memudahkan kita mencambah idea.

Ciri kreativiti lain ialah sensitif dan peka. Individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif dengan menggunakan deria. Seseorang yang peka terhadap persekitaran mampu memberikan idea-idea yang mempunyai ciri-ciri kreativiti kerana setiap apa yang berlaku di hadapannya akan dimanipulasi oleh mereka. Mereka akan menggunakan sebaik-baiknya deria yang ada seperti melihat , mendengar dan merasa. Ciri ini sering berlaku semasa membuat pemerhatian.

Ciri kreativiti berikutnya adalah idea yang asli dan tulin. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil dari lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa ada unsur plagiat. Hasil kerja mereka terhasil dari cetusan rasa dan sering berbeza dari biasa.

Seterusnya adalah logik. Pengkarya yang mempunyai ciri-ciri kreatif adalah seseorang yang peka dan sering berfikir secara logic dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.

Akhir sekali. ciri kreativiti yang ada ialah berfikiran bebas. Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada sesuatu perkara sahaja sebaliknya mereka bijak merancang sesuatu projek dengan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati jika membuat sesuatu keputusan.

Selepas kita melihat ciri-ciri kreativiti, kita juga perlu tahu apa itu pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif ialah pemikiran “The ability to bring something new existence” Kamus Webster’s (1976)Menurut John (2002), “Only God could create , and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.” Ada pakar mengatakan Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Jadi, pengalaman estetik sangat penting untuk proses pra penghasilan sesebuah karya.

Menurut De Bono (1970) , kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, pelbagai maksud berkenaan pemikiran kreatif telah terhasil. DeBono merupakan penulis bagi buku Six Thinking Hats, beliau ada mengatakan

Beliau mencipta satu kaedah yang menggunakan topi mengikut cara pemikiran yang berbeza bagi setiap orang. Ini merupakan konsep 6 topi pemikiran. Dr. Edward De Bono telah memperkenalkan warna-warna topi yang berbeza . Rajah di bawah menunjukkan jadual warna-warna topi.

Warna Topi

Simbolik

Kegunaan?

 PUTIH

INFORMASI

Fokus hanya untuk mendapatkan data dan informasi yang tersedia.
 MERAH

GERAK HATI

Fokus dengan naluri, emosi dan gerak hati yang sedang dirasakannya.
 HITAM

WASPADA

Fokus pada semua kelemahan atau sisi negatif dari sebuah masalah atau keputusan, bahkan dalam situasi atau hal yang terlihat sempurna.
 KUNING

MANFAAT

Fokus untuk mendapatkan seluruh manfaat dan nilai yang dihasilkan dari sebuah keputusan, bahkan dalam situasi atau masalah yang terlihat begitu rumit.
 HIJAU

KREATIVITI

Fokus untuk mendapatkan idea atau atau kaedah baru dari pelbagai sudut pandang dalam suatu masalah atau situasi.
 BIRU

PROSES

Fokus untuk mengawal dengan bijaksana dari suatu proses, kemudian mengambil kesimpulan.

kreativiti six-thinking-hats-mind-map-Large

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s